Tuesday, July 19, 2011

Selamatkan bumi Malaysia dari pengkhianat bangsa!

Salam,

Betapa sakitnya hati menatap perlakuan sebilangan bangsa melayu pada 9 Julai 2011. Di manakah pertimbangan, di manakah kewarasan dan di manakah akal sehat kalian?

Apa yang kalian dapat dengan mengikut telunjuk musuh2 Islam yang setiap masa ingin menjahanamkan pegangan agama kalian dan yang paling penting dapat memusnahkan sebuah lagi negara Islam?

Kalian terpekik, terlolong seperti orang yang dirasuk histeria lagaknya....meninggalkan buku2 yang sepatutnya ditelaah pada hujung minggu....Mengapa orang muda seperti kalian meletakkan akal di kepala lutut? Apakah itu tujuan ibu bapa kalian menghantar kalian belajar di menara gading??...

Usah berbangga dengan bilangan yang keluar melalak pada hari tersebut, kami yang diam lagi ramai jumlahnya. Kami yang sayangkan agama, bangsa dan negara berjuta lagi bilangannya..Usahlah kerana cita2 politik segelintir manusia yang tak sedar diri , anda yang masih belajar menjadi kuda tunggangannya... nampak bukan main hebat dan gagah...mengapa bila terkena gas pemedih mata dan semburan air sudah lembik.....mengapa bila ditahan polis dengan selambanya makan pula makanan yang dibekalkan oleh polis? Bukankah selama ini golongan andalah yang melabelkan polis dengan gelaran yang tidak selayaknya diberikan kepada manusia?....hishh...memang dasar muka tembok, tak malu. Mengapa tak berlapar pada hari tu?

Yang menyedihkan...mengapa diheret anak kecil yang tak berdosa?...mengapa diperdaya orang2 kampung yang tidak tahu apa2...konon ajak jalan2 ke KL....itu namanya sifat orang2 yang BACUL!!!!!.....
Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayah Mu kepada mereka yang buta hati dan mata ini....Lapangkanlah dada mereka..waraskanlah pemikiran mereka...semoga mereka dapat membezakan yang mana baik dan yang mana akan membawa kemusnahan...
hayatilah sejarah dulu....apa anda ingin mengulangi episod penjajahan secara total? usahlah diberi muka kepada beberapa manusia yang meminjam sifat si Kitol yang tamak, haloba dan pentingkan diri sendiri.

Ya Allah ...selamatkanlah bumi Malaysis ini, jauhilah dari kemusnahan yang dirancang oleh segelintir manusia yang sudah hilang kewarasan itu..

Semoga negara terus aman, damai dan penghuninya hidup dalam kesejahteraan dengan segala keunikan yang ada yang sering dicemburui oleh anasir2 luar.....
Terima kasih